AKTRES Nicole Kidman memberi amaran supaya tidak mengaitkan dirinya dengan bekas suami yang juga aktor, Tom Cruise selepas mereka berpisah 21 tahun lalu.
Ujar Kidman, dia tidak mahu lagi sesiapa pun bertanyakan kepadanya tentang keadaan Cruise kerana menganggap hubungan antara mereka benar-benar sudah putus dan tidak ada kaitan lagi.
“Berhenti bertanya tentang keadaan bekas suami. Saya kini telah pun berkahwin dan sangat bahagia,” katanya.
Seperti diketahui, Kidman dan Cruise berkahwin pada tahun 1990, namun perkahwinan mereka bertahan selama 11 tahun sahaja selepas bercerai pada 2001.
Lima tahun selepas itu, Kidman bertemu cinta baharu dan berkahwin dengan Keith Urban.
Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Sunday Rose Kidman Urban dan Faith Margaret Kidman Urban.