PUTRAJAYA – Sebanyak 2,690 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,767,044 kes.
Ketua Pengarah kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.
“Data harian laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya menerusi ciapan Twitter di sini hari ini. -K! ONLINE.