fbpx

Gagal ke suku akhir, Bandi Amuk tersingkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perjuangan Bandi dalam GV8 berakhir malam tadi.

PETALING JAYA – Hasrat penyanyi rock Bandi Amuk untuk mara ke suku akhir terpaksa dilupakan selepas diumumkan tersingkir daripada pentas saingan Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) malam tadi.

Konsert minggu ketujuh bertemakan Kelentang Kelentong menyaksikan Bandi membawakan lagu I Want To Break Free gagal memikat hati para juri sekali gus sekadar menerima markah sebanyak 53.8 peratus sahaja.

Sementara itu, Nikki Palikat kembali menduduki tangga pertama dengan markah 72.3 peratus menerusi persembahan mantap lagu Rindu nyanyian asal penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang.

Persembahannya itu sekali gus melayakkannya menerima Anugerah Bintang Paling Power Meow berupa hadiah wang tunai RM1,000 dan produk Adabi bernilai RM500.

Kesemua peserta diadili menerusi format penjurian 100 peratus oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada maestro Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang selaku juri tetap, manakala Datuk M Nasir pula sebagai juri jemputan.

Konsert minggu kelapan yang juga minggu suku akhir diteruskan dengan kemaraan Suki, Aliff Aziz, Adibah Noor, Aweera, Shidee, Nikki Palikat, Ani Mayuni, Azan Scan dan Sa.Ya.

Dihoskan duo pengacara popular Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap Ahad pukul 9 malam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI