fbpx

Enam letupan gegar sambutan ambang Tahun Baru di Yala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS dan anggota pemusnah bom memeriksa kawasan kejadian letupan yang berlaku di Yala pada 31 Dismeber 2021. - Addullah Benjakat

BANGKOK – Enam butir bom dilaporkan meletup di wilayah sempadan selatan Thailand, Yala pada malam menjelang Tahun Baru 2022 dengan menyebabkan beberapa tiang kuasa elektrik tumbang, lapor akhbar Bangkok Post semalam. 

Ketua Polis Wilayah Yala, Mejar Jeneral (polis) Tinnakorn Rangmat berkata semalam bahawa kumpulan penentang, Barisan Revolusi Nasional (BRN) mengaku bertanggungjawab berhubung dua letupan yang berlaku di daerah Muang dan empat lagi di daerah Bannang Sata. 

Letupan Muang dilaporkan menumbangkan dua tiang kuasa elektrik termasuk satu di Lebuhraya 409, Ban Tha Sap atau kampung Moo 1, manakala bom kedua meletup berhampiran loji jana kuasa di Ban Phong Yirai.

Empat bom turut dilaporkan meletup di daerah Bannang Sata dengan bom pertama meletup di tiang elektrik tepi Lebuhraya 410 bertentangan dengan kilang memproses kayu getah di kampung Ban Pa Wang.

Seterusnya, letupan kedua dan ketiga berlaku di tiang elektrik dan menara isyarat telefon bimbit di sebuah persimpangan di kampung Ban Bue Su.

Letupan keempat pula berlaku berhampiran tiang elektrik di Ban Kasang.

Menurut Tinnakorn, walaupun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, tiang elektrik yang tumbang akibat siri letupan tersebut menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Kesemua letupan dilaporkan berpunca daripada bom buatan sendiri yang dihasilkan menggunakan balang pemadam api dan alat pemasa.

Masa letupan sebenar tidak didedahkan oleh ketua polis. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI