fbpx

Dikecam masak mi segera di sinki tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan seorang pemuda menyediakan mi segera di singki tandas

PETALING JAYA – Seorang pemuda dikecam orang ramai selepas menunjukkan aksi kurang cerdik dengan menyediakan mi segera di sinki tandas.

Video berdurasi 19 saat yang dikongsi oleh @TikTokBerguna di laman Twitter memaparkan seorang lelaki dilihat sedang memasak mi segera di sinki tandas itu.

Dia bersama beberapa lagi rakannya dipercayai sedang bercuti di sebuah hotel yang terletak di ibu negara.

Tindakan tersebut ternyata menimbulkan rasa kurang senang orang ramai di media sosial.

“Perangai makan mi segera dalam baldi dekat asrama itu janganlah di bawa sampai keluar,” ciap @thisishazzz.

“Biar pun sinki itu sudah bersih, saya tetap tidak boleh terima macam itu, terbayang-bayang orang meludah buang kahak dan sebagainya dalam sinki itu. Apa hal makan dalam sinki, gila,” kata Gummy bear.

Sementara itu, @amer_aljeffrey turut meninggalkan komen.

“Kamu tahu, oleh kerana orang beginilah yang menyusakan ‘housekeeping’ nak bersihkan bilik.

“Kita hidup ini jangan hendak mneyusahkan orang boleh tak,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI