fbpx

Christensen tunggu lamaran Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHRISTENSEN dilaporkan tidak berminat dengan tawaran kontrak baharu daripada Chelsea dan nekad meninggalkan pasukan itu. – AFP

LONDON – Chelsea mungkin terpaksa menerima hakikat bahawa mereka gagal untuk mengekalkan khidmat pemain pertahanan, Andreas Christensen yang bakal menamatkan kontraknya di Stamford Bridge hujung musim ini.

Pemain antarabangsa Denmark itu dilaporkan tidak berminat untuk menandatangani kontrak baharu bersama The Blues dan bersedia untuk menyertai pasukan lain bagi meneruskan kerjaya bola sepak­nya.

Laporan menyebut, pemain berusia 25 tahun itu sudah mula mengadakan rundingan dengan gergasi La Liga, Barcelona sejak beberapa minggu lalu bagi mendapatkan kata sepakat mengenai terma kontrak yang bakal diterimanya.

Christensen dikatakan sa­ngat berminat untuk beraksi di Sepanyol terutama bersama Barcelona yang kini dibimbing oleh Xavi yang dilihat memiliki perancangan jelas untuk kembali membentuk pasukan itu menjadi pasukan yang disegani

The Catalans yang dihimpit masalah kewangan yang agak meruncing sebelum ini cuba memancing khidmat pemain yang bakal mengakhiri kontrak dengan pasukan masing-ma­sing supaya mereka tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan besar untuk yuran perpindahan.

Selain Christensen, Barcelona juga dilaporkan sedang memburu khidmat seorang lagi pemain pertahanan Chelsea, Cesar Azpilicueta yang juga bakal menamatkan kontrak semasanya pada penghujung musim ini.

Bagaimanapun, kelab itu perlu menjual atau melepaskan secara pinjaman beberapa pemainnya terlebih dahulu bagi mengimbangi perbelanjaan pasukan untuk mengelak sebarang pelanggaran bagi syarat Peraturan Kewangan Adil (FFP). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI