fbpx

Camila Cabello berehat main media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAMILA CABELLO

PENYANYI cantik Camila Cabello mengumumkan akan berhenti menggunakan media sosial buat sementara waktu sebagai satu azam baharunya untuk mengurangkan aktiviti bermain dengan telefon bimbit.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya baru-baru ini, bekas kekasih penyanyi Shawn Mendes itu berkata, dia membuat keputusan untuk tidak menggunakan media sosial dengan satu alasan.

Ujar Camila, dia melakukannya supaya tidak terlalu menggunakan telefon bimbit pada tahun baharu 2022.

“Melakukan detoks media sosial sempena tahun baharu,” tulis pelantun lagu Havana itu.

Pengumuman tersebut sekali gus mengejutkan peminatnya yang rata-rata meminta penyanyi itu segera kembali ke media sosial.

Malah, ada segelintir peminat berpendapat tindakan yang dilakukan penyanyi itu adalah sebagai salah satu cara untuk dia kembali menenangkan diri selepas mengakhiri hubungan cintanya bersama Mendes.

Untuk rekod, Camila dan Mendes berpisah pada 17 November lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI