fbpx

‘Bidadariku, I love you sayang’ – Ebit Lew

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Ebit Lew dan isterinya yang kini berada di Iceland.

PETALING JAYA – “Rezeki berjumpa Aurora bersama bidadari dan keluarga tercinta.”

Itu antara kata-kata romantis pendakwah terkenal Ebit Lew yang dititipkan buat isteri tercinta dalam sebuah hantaran di Instagram miliknya hari ini.

Berdasarkan perkongsian ucapan yang dimuat naik itu, Ebit Lew meluahkan rasa syukur kerana dirinya sungguh bertuah dapat bertemu dengan seorang wanita yang cantik dan dianggap bidadari dalam hidupnya.

“Aurora, cantiknya. Subhanallah, Alhamdulillah.

“Bidadariku, Saya cinta awak sayang, dunia berubah tapi cinta kita sampai syurga dengan izin Allah,” katanya.

Menurut Ebit Lew, setiap hari dia akan jatuh cinta kepada isterinya dan sentiasa menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan oleh wanita itu.

“Terima kasih ya Allah, bidadari yang berada disisi, berkorban berhuang dari mula kita berkenalan sehongga hari ini.

“Melalui perjuangan ini tak senang tapi ini perintah Allah sampai kita pejam mata dari dunia ini,” ujarnya.

Sementara itu, orang ramai turut mendoakan kebahagian Ebit Lew bersama isteri tercinta dengan meninggalkan kata-kata positif di ruangan komen.

“Masyaallah, moga bahagia sampai syurga buat ustaz dan isteri,” kata Lindasahana.

“Pandai ustaz ambil hati isteri, ucapan yang mampu menggembirakan hati pasangan, semoga sentiasa bahagian bersama keluarga tercinta,” kata Yennyrozima.

“Bidadari hebat, adalah wanita yang setia bersama suami susah dan senang, menjadi pendorong utama dalam segala perkara kerana Allah,” kata Izzad Halim. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI