fbpx

Banjir Beluran ragut dua nyawa, seorang masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BELURAN – Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda menyatakan dua kes lemas manakala seorang lagi masih hilang ekoran banjir di daerah ini.

Pihaknya telah menerima tiga laporan berasingan membabitkan mangsa maut akibat lemas dan hilang.

“Kes terbaharu adalah membabitkan seorang lelaki warga emas yang meninggal dunia berikutan lemas selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Liningkung pada Ahad.

“Mangsa yang juga seorang petani berumur 60 tahun itu dikatakan cuba menyeberangi sungai berkenaan untuk menuju ke rumahnya yang dilanda banjir dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu.

“Bagaimanapun, mangsa dipercayai lemas sebelum mayatnya ditemui kira-kira pukul 2 petang oleh penduduk kampung tidak jauh daripada tempat lelaki berkenaan hanyut.

“Mangsa kemudian dibawa terus ke Klinik Kesihatan Telupid namun disahkan meninggal dunia sebelum dilaporkan kepada pihak polis di Balai Polis Telupid untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Kasim memaklumkan pihaknya juga menerima dua laporan berasingan membabitkan dua mangsa hilang berikutan keadaan hujan lebat yang berlaku di daerah Beluran pada Jumaat lalu.

Menurut Kasim, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilaksanakan pada hari yang sama bagi kedua-dua lokasi yang dilaporkan berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI