fbpx

51 buah kenderaan milik pelanggan bengkel kena kompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian kereta mangsa banjir yang dikenakan kompaun didakwa parkir di hadapan sebuah bengkel di Sepang baru-baru ini.

SEPANG – Sebanyak 51 buah kenderaan milik pelanggan bengkel-bengkel di daerah ini dikenakan kompaun setelah pengusaha perniagaan itu yang sebelum ini bersetuju membayar caj parkir gagal menjelaskan bayaran.

Yang Dipertua MPSepang, Datuk Abd. Hamid Hussain berkata, MPSepang tidak dimaklumkan berkenaan dengan status kenderaan tersebut.

Katanya, pihaknya akan menggunakan budi bicara bagi membantu menempatkan kenderaan yang terlibat dengan banjir dan tiada sebarang tindakan akan dikenakan kepada pemiliknya.

“Sebagai makluman, kesalahan yang boleh dikenakan kepada kenderaan yang diletakkan di atas kawasan lapang atau taman adalah mengikut kesalahan di bawah Seksyen 8 (1) Undang-Undang Kecil Taman, MPSepang 2005 dan boleh dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM1,000.

“Kenderaan yang dikompaun pada 28 Disember 2021 adalah terdiri daripada pelanggan bengkel di kawasan tersebut. Pihak bengkel telah bersetuju untuk membayar caj parkir tetapi tidak menjelaskan bayaran, maka tindakan mengkompaun telah dikenakan,” jelasnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, MPSepang bersedia memberikan pengecualian bayaran kepada pemilik kenderaan yang terlibat dengan banjir dan telah dikompaun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI