fbpx

461 kes Covid-19 mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Satu lagi kes baharu Covid-19 melibatkan mangsa banjir direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 461 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagi kes positif Covid-19 di Pusat Perpindahan Sementara (PPS) kekal dengan 15 kes serta tiada kes baharu direkodkan.

“Bagi kes penyakit berjangkit melibatkan mangsa banjir, sebanyak 39 kes dilaporkan hari ini.

“Ia melibatkan jangkitan saluran pernafasan akut (33 kes), penyakit kulit (empat kes) dan acute gastroenteritis (dua kes). Jumlah kumulatif kes penyakit berjangkit mangsa banjir ialah 2,077 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI