fbpx

28,287 mangsa banjir telah terima Bantuan Wang Ihsan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa setakat pukul 12 tengah hari tadi seramai 28,287 mangsa bencana banjir telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI).

Perkara itu dimaklumkan beliau menerusi satu ciapan di laman Twitternya hari ini.

“Bagi mereka yang masih belum mendaftar atau menerima manfaat ini boleh segera menghubungi Pegawai Daerah anda untuk bantuan segera oleh kerajaan,” ciapnya.

Terdahulu, Ismail Sabri sebelum ini mengumumkan BWI sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang terjejas banjir bermula 27 Disember tahun lalu.

Beliau berkata, pemberian BWI itu akan memanfaatkan lebih 45,000 KIR dan angka penerima dijangka bertambah sebaik kerajaan selesai mengenal pasti mereka yang terkesan namun tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI