fbpx

194 anggota, 31 aset ATM bantu mangsa banjir Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin

PETALING JAYA – Seramai 194 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah berada di lapangan dan melakukan tugasan di beberapa daerah di negeri Johor, bagi Operasi (Ops) Murni.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pasukan yang diletakkan dalam keadaan bersiap siaga sebelum ini sudah mula diatur gerak ke daerah Tangkak, Segamat, Kota Tinggi, Kluang dan Mersing.

Katanya, pasukan ini akan membantu petugas Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Pasukan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia dan setiap agensi berkaitan.

“Sehingga pukul 12 tengah hari tadi, sebanyak 31 aset telah diaturgerak ke kawasan-kawasan terlibat termasuklah tujuh unit bot, tujuh unit enjin bot, satu unit trak tujuh tan, 14 unit trak tiga tan dan dua unit trak satu tan.

“Bagi memastikan kelancaran Ops Murni, ATM mengaturgerak anggota dan aset dari Batalion ke-5 Rejimen Askar Melayu Diraja; Rejimen Ke-33 Rejimen Artileri Diraja; Rejimen Ke-2 Rejimen Artileri Diraja; Rejimen Ke-4 Rejimen Artileri Diraja; Batalion Ke-6 Rejimen Renjer Diraja; Rejimen 501 Askar Wataniah; serta Skuadron Ke-8 Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, keutamaan di pihak ATM adalah memindahkan mangsa-mangsa banjir ke kawasan selamat khususnya pusat pemindahan sementara (PPS).

“Selain itu, pihak ATM akan mempercepatkan penghantaran makanan dan barang keperluan ke PPS dan kawasan-kawasan yang terputus hubungan jalan darat serta kawasan pedalaman dan membantu proses penyediaan makanan di PPS yang dibuka setakat ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, Ops Murni turut sedang giat dilaksanakan di seluruh negara.

“Secara keseluruhannya jumlah anggota dan aset ATM yang telah diaturgerak di bawah Ops Murni di seluruh negara seramai 60 pegawai dan 1,123 anggota.

“Sebanyak 190 aset merangkumi bot, enjin bot, trak tujuh tan, trak tiga tan, trak satu tan, ‘backhoe’, ‘tipper’, ‘water bowser’ dan ambulan medan digunakan dalam Ops kali ini,” ujarnya.

Jelasnya, perancangan Ops Murni akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut situasi banjir di sesebuah negeri dan kawasan.

“Sejajar dengan semangat ‘Tentera Dan Rakyat Berpisah Tiada’, ATM akan terus berusaha bertungkus-lumus bukan sahaja demi keselamatan rakyat di musim banjir ini tetapi juga bagi membantu pelaksanaan kerja-kerja pembersihan pasca banjir sebaik sahaja air telah surut kelak,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI