fbpx

Wanita solat di tepi tasik disangka hantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang menunjukkan insiden dua wanita yang sedang menunaikan solat di tepi sebuah tasik. - TikTok

JAKARTA – Sebuah video yang menunjukkan seorang gadis sedang solat di tepi tasik menjadi tular di media sosial Indonesia baru-baru ini kerana disangka hantu, lapor laman berita Suara.com semalam.

Video tersebut dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok bernama @akuwnta2.

Dalam video tersebut, kelihatan dua orang wanita berada di tepi tasik dengan salah seorang daripadanya sedang menunaikan solat, manakala rakannya yang berpakaian serba hitam pula kelihatan sedang duduk di sisi wanita itu.

Menerusi keterangan video itu, tiada surau atau masjid di sekitar kawasan tasik tersebut, menjadikan kedua-dua mereka terpaksa menunaikan solat di situ.

Namun, keadaan angin yang bertiup kencang menyebabkan wanita yang memakai pakaian serba hitam itu nampak seperti hantu yang sedang mengganggu seorang manusia yang sedang bersolat.

“Rakan saya mahu menunaikan solat dan oleh kerana angin bertiup kencang, semuanya berterbangan,” demikian keterangan yang dimuat naik bersama video itu.

Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya meninggalkan pelbagai komen.

“Saya fikir yang sedang solat itu adalah hantu kerana dia kelihatan seperti melayang akibat ditiup angin,” komen seorang netizen.

“Maaf saya pada mulanya menyangka itu adalah pocong,” komen seorang netizen lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI