fbpx

Tiga unit dron bomba pantau kawasan banjir di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Unit Dron Bahagian Udara JBPM Kelantan menggunakan dron untuk memantau situasi banjir di Jeti Pengkalan Kok Majid, Tumpat hari ini. FOTO: ROSALWANI CHE SOH

TUMPAT – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menggunakan tiga unit dron bagi memudahkan tugasan menyelamat mangsa terutamanya di kawasan terjejas banjir di negeri ini.

Penyelaras Unit Dron Negeri Kelantan, Penolong Penguasa Bomba Raja Arisan Raja Ismail berkata, dron berkenaan digunakan semasa gelombang kedua banjir baru-baru ini sekali gus mempercepatkan anggota bomba tiba di lokasi yang memerlukan bantuan.

Menurutnya, dron berkenan digunakan bagi memantau lokasi yang terjejas selain memantau aliran air ketika banjir terutamanya di Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang ketika berhadapan monsun timur laut.

“Data yang diperoleh melalui penggunaan dron tepat dan penggunaan alat robotik ini dapat memantau keadaan kawasan sehingga tujuh kilometer.

“Dron ini boleh diterbangkan setinggi 122 meter dan ia mengikut undang-undang penerbangan yang ditetapkan. Ia dilengkapi kamera dan infra merah sekali gus dapat membantu pasukan penyelamat membuat pemantauan dari udara,” katanya ketika ditemui pemberita di Jeti Pengkalan Kok Majid di sini hari ini.

Terdahulu, Raja Arisan bersama Unit Dron Bahagian Udara Bomba (JBPM) memantau keadaan air Sungai Kelantan yang sudah menurun, namun masih berada pada paras berjaga-jaga.

Mengulas lanjut, Raja Arisan berkata, penggunaan dron mampu memudahkan dan mempercepatkan kerja-kerja menyelamat mangsa banjir.

Tambahnya, rakaman imej melalui dron membolehkan pihak bomba mengatur strategi mencari dan menyelamat mangsa yang terjejas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI