fbpx

Suara macam pinggan bergesel, permulaan ‘meriah’ 2022 – Naim Daniel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEPERTI manusia lain, Naim mengakui dirinya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan seperti momen nyanyian terkucil pada SFMM36 malam tadi.

PETALING JAYA – Mengakui khilaf diri, penyanyi Naim Daniel menganggap momen terkucil semasa persembahan Separuh Akhir Muzik-Muzik 36 (SFMM36) malam tadi sebagai satu bentuk kesilapan yang tidak disengajakan sebagai seorang manusia biasa.

Menurut pemilik nama penuh Muhammad Naim Daniel Baharin,24, kejadian tersebut tidak pernah dirancang dan berlaku secara tiba-tiba ketika dirinya sedang bersemangat untuk memberi persembahan terbaik di atas pentas.

“Perkara tersebut sangat spontan. Ketika sedang bersemangat menyanyi, tiba-tiba keluar suara bunyi pinggan bergesel.

“Biasalah, saya juga manusia biasa dan lakukan kesilapan seperti orang lain, ada hari kami bertuah dan sebaliknya. Apapun kami telah membuat permohonan maaf ecara terbuka di atas pentas semalam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.

Tidak melenturkan semangatnya, dia menggangap perkara tersebut sebagai permulaan ‘meriah’ sempena kehadiran tahun baru 2022.

Malah, dia turut bersyukur apabila dua buah lagu dendangannya iaitu Purnama dan Lara nyanyian bersama Hael Husaini dan Haqiem Rusli berjaya terpilih sebagai finalis Anugerah Juara Lagu ke-36 yang bakal berlangsung pada Februari depan.

“Mungkin inilah pembuka tahun 2022 untuk saya selain dua lagu bolos ke pentas AJL36.

“Dapatlah saya tebus kekecewaan tidak berjaya ke AJL tahun lalu. Insya-Allah kami akan hidangkan persembahan terbaik kepada semua,” ujarnya lagi.

Semalam, sebanyak 12 buah lagu diumumkan layak ke pentas AJL36.

Antara yang berjaya ialah Aewo nyanyian Ashiha Zikir dan Noki, Intan Payung (Bunga Isme bersama Noraniza Idris), Cinta (Marsha Milan), Salahku (Yonnyboii) dan Nafas Cinta (Khai Bahar, Aina Abdul).

Untuk rekod, pada AJL35 tahun lalu, penyanyi terkenal, Nabila Razali pernah mencuri tumpuan umum apabila nyanyiannya terkucil ketika mendendangkan lagu Peluang Kedua. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI