fbpx

SHMKM berjaya turunkan harga ayam, telur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang disambung lagi sehingga 4 Februari depan menyaksikan harga bagi ayam dan telur mula turun.

Menurut Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), maklumat terkini itu hasil tinjauannya di lapangan meliputi 15 lokasi di seluruh negara semalam.

Antaranya di ibu negara apabila harga runcit ayam proses standard dijual RM9.10 sekilogram iaitu harga siling dilaras Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Situasi harga yang sama turut dilaporkan para pegawai FAMA di Kinta, Perak; Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang; Kuantan, Pahang; Melaka Tengah, Melaka dan Johor Bahru, Johor.

Malahan ada lokasi yang didapati dijual pada harga lebih rendah seperti di Gombak, Selangor iaitu RM9.05 sekilogram; Kota Setar, Kedah (RM9.00) dan Kota Bharu, Kelantan (RM8.90).

Laporan disiarkan laman rasmi FAMA itu namun menunjukkan Kangar, Perlis; Kuala Terengganu, Terengganu dan Seremban, Negeri Sembilan dijual tinggi daripada SHMKM iaitu RM9.30.

Senario serupa berlaku di Kuching, Sarawak iaitu RM10.50 berbanding ditetapkan RM9.50, manakala di Kota Kinabalu, Sabah pula ia dijual RM11.00 daripada harga silingnya RM10.70.

Keadaan bagaimanapun agak berbeza di Labuan apabila ayam proses standard berjaya dijual peniaga runcit di pulau itu purata RM10.90 sekilogram daripada had SHMKM iaitu RM11.00. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI