fbpx

Saya bukan artis simbol seks – Baby Shima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BABY SHIMA

PENYANYI Baby Shima dan kecaman netizen memang tidak dapat dipisahkan. Apa sahaja yang dilakukan penyanyi berusia 26 tahun itu walaupun perkara-perkara baik sekalipun, pasti tidak akan terlepas daripada menjadi bahan kritikan netizen.

Entah apa ‘dosa’ yang dibuat pelantun lagu Roadblock Hatiku itu sehinggakan dia tidak putus-putus diserang oleh masyarakat.

Hendak kata Shima melakukan perkara-perkara mengaibkan seperti bergambar separuh bogel atau menjadi perampas suami orang, tidak pernah pula dilaporkan oleh media-media hiburan.

Bahkan, Shima sepatutnya perlu dipuji kerana berjaya membawa namanya dan juga Malaysia mewarnai industri seni hiburan di negara seberang, Indonesia.

KATA penyanyi ini, dia mahu mendaki puncak kejayaan berdasarkan prestasi yang baik, bukannya kerana kontroversi murahan.

Shima atau nama lengkapnya Nor Ashima Ramli mengakui tidak suka apabila dilabel sebagai artis kontroversi.

Bagaimanapun, Shima tidak boleh menidakkan sesuatu perkara yang dia lakukan itu boleh mengundang kecaman (kontroversi).

“Perkara itu berlaku (dikecam) apabila netizen memberikan respons secara berlebihan dan pada masa sama, pihak media pula menjadikan bahan berita sehingga menjadi tular.

“Sebenarnya saya sentiasa dan ingin mencapai prestasi yang baik bukan bersandarkan kisah-kisah kontroversi. Insya-Allah dengan usaha berterusan, saya yakin suatu hari nanti, jika bukan esok atau lusa, saya yakin karya saya akan dikenang selama-lamanya,” kata Shima.

Menyentuh tentang perkongsiannya diganggu dengan mesej berbaur lucah oleh ‘lelaki gila seks’ dalam Instagram baru-baru ini, netizen masih menuding jari kepadanya kerana dikatakan menjadi punca gara-gara tampil dengan imej seksi dan menggoda.

Kata Shima, penilaian netizen terhadap cara dia berpakaian adalah subjektif dan bergantung pada pemikiran mereka sendiri.

TIDAK dapat menutup mulut orang yang berkata-kata, namun Baby Shima enggan ambil peduli demi memastikan kesihatan mentalnya tidak terjejas.

“Bila netizen menilai cara saya berpakaian, itu penilaian masing-masing. Saya tidak boleh mengawal pemikiran orang lain.

“Wanita yang berpakaian tertutup pun masih menjadi mangsa ‘lelaki gatal’. Bahkan, kambing pun boleh kena rogol! Kes melibatkan budak tahfiz pun banyak. Jadi saya tidak mahu ambil kisah tentang pemikiran orang lain,” katanya.

Disoal sama ada dia menerima jika ada yang melabelnya sebagai ‘artis simbol seks’, Shima tegas menolak gelaran tersebut.

“Saya tidak suka dengan gelaran itu dan saya tidaklah berpakaian terdedah sana sini. Selagi mereka tidak mengganggu hal peribadi, saya tidak peduli.

“Kalau ada yang melampau, saya akan suruh peguam selesaikan (saman),” ujarnya.

Sering menjadi mangsa kecaman netizen, penyanyi itu mengakui dia berasa rimas, namun cuba untuk bertenang demi memikirkan tentang kesihatan mentalnya.

“Tetapi pada zaman media sosial hari ini, saya kena hadap juga (kecaman). Sedangkan Perdana Menteri dan mufti pun kena hadap tohmahan dan kejian daripada netizen.

“Para pendakwah kongsikan kebaikan pun dikecam, siapalah saya kalau hendak dibandingkan dengan mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI