fbpx

Satu laluan ditutup hujan berterusan sejak malam tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar dari udara memaparkan keadaan banjir si sekitar Mawai, Kota Tinggi hari ini. - FOTO: KREDIT FB ORANG KOTA TINGGI

KOTA TINGGI – Satu laluan di daerah ini ditutup untuk kenderaan ringan selepas dilanda banjir kilat susulan hujan berterusan sejak malam tadi.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kota Tinggi dalam kenyataan memaklumkan sehingga pukul 12.30 tengahari tadi Jalan Lok Heng/Mawai/Sungai Mas di Sungai Semalok, Mawai telah dinaiki air pada paras 0.35meter.

“Keadaan itu menyebabkan jalan ditutup untuk kenderaan ringan. Pemantauan dari semasa ke semasa terus dilakukan pihak JKR dan konsesi.

“Papan tanda amaran banjir, pemasangan kayu pancang untuk menentukan paras air telah dipasang sebagai tindakan awalan. Keadaan cuaca masih hujan renyai dan kadang kala lebat,” kata kenyataan tersebut.

Dalam kemaskini sehingga pukul 12 tengahari tadi laluan utama penduduk iaitu di Jalan Kota Tinggi-Mersing (LGM) dan Jalan Perani (Ladang FIMA) juga boleh digunakan oleh kenderaan ringan.

Jalan Perani paras air berada pada kedalaman 0.20 meter manakala Jalan Kota Tinggi-Mersing (LGM) 0.15 meter.

Selain itu beberapa jalan lain iaitu Jalan Kota Tinggi-Mersing (Sungai Mupur 2), Jalan Kota Tinggi-Mersing (RISDA), Jalan Kota Tinggi-Mersing (Ladang Tebu), Jalan Tanjung Sedili (Kampung Selangi), Jalan Mawai Lama (rumah burung) masih boleh dilalui oleh semua kenderaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI