fbpx

Sabah, Sarawak dijangka ribut petir pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka bakal berlaku di Sarawak dan Sabah pagi ini.

Amaran tersebut yang dikeluarkan melalui laman rasmi MetMalaysia berkata, dua bahagian yang terlibat di Sabah adalah Tawau dan Sandakan.

“Manakala di Sarawak antaranya daerah yang dijangkakan berlakunya kejadian ribut petir adalah di Sri Aman, Betong, Sarikei serta Sibu.

“Sementara itu, tiga lagi daerah adalah Mukah, Kapit dan Bintulu,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI