fbpx

Netizen samakan baju Izara Aishah seperti biarawati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAUN labuh yang digayakan Izara baru-baru ini menjadi bahan pertikaian netizen kerana didakwa menyerupai pakaian biarawati.

JIKA sudah namanya selebriti, pakailah busana apa pun, pasti akan mendapat kritikan ramai. Itu yang dilalui si cantik Izara Aishah baru-baru ini apabila ada netizen yang menyamakan bajunya seperti biarawati gereja.

“Kenapa macam biarawati di gereja,” soal seorang netizen mengenai busana Izara.

Tidak melenting mahupun mengamuk, menantu tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza itu hanya membalas ciapan tersebut dengan nada yang bersahaja.

“Tak tahulah. Tidak mengapa, janji tidak nampak seperti Beyonce, itu risau,” balasnya.

Sementara itu, dalam InstaStory pula, Izara turut memuat naik foto dia memakai busana yang disamakan seperti biarawati.

“Waktu ini pakai baju seperti biarawati gereja dan ini pula memakai jubah macam Pope.

“Kedua-duanya boleh dipakai untuk solat terus,” ujarnya.

Sabarlah Izara. Biasalah, definisi fesyen setiap individu sangat berbeza.

DIVA: Tahniah kepada 12 buah lagu yang layak ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-36. Tak sabar nak lihat persembahan hebat masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI