fbpx

Nampak dia gila publisiti, realitinya Aliff Syukri sangat lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOMEN-komen yang ditinggalkan Bonda Rozita terhadap anaknya yang merupakan usahawan berjaya, Aliff Syukri mencuit hati orang ramai.

ANTARA perkara yang paling ditakuti kebanyakan kita adalah ditegur atau dimarahi ibu dalam lapangan media sosial. Kalau boleh dielakkan perkara tersebut daripada terjadi, biarlah tidak langsung dihidu terutama buat seorang manusia berstatus ‘anak jantan’.

Bagaimanapun, itu tidak bermakna kasih sayang kita terhadap ibu masing-masing berkurang atau mengecut.

Buat usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri, dia nampaknya tidak mempunyai masalah untuk dimarahi atau ditegur ibu tersayang, Bonda Rozita Ibrahim. Barangkali, dia ‘berseronok’ dengan segala perhatian yang diraih rentetan dimarahi ibu selepas disahkan positif Covid-19 sekembalinya bercuti dari Turki.

“Kau memang raja viral dan tak ada kerja di sana. Wasiatkan semua harta kau kepada Datin Shahida dan anak-anak, beri sedikit kepada mak juga.

“Kau janganlah nak poyo sangat, tangan gatal menaip bagai nak rak. Hadis dan doa mana entah yang kau muat naik,” coret Rozita memberi teguran buat anak tersayangnya itu.

‘Marketing’

Pada usia 34 tahun, memiliki keluarga dan perniagaan yang stabil, di mata Rozita, Aliff barangkali tetap seorang anak kecil yang memerlukan bimbingan dan teguran.

Barangkali juga, segala ‘drama’ yang dicetuskan adalah bertujuan marketing atau pemasaran. Tetapi, setuju atau sebaliknya, tidak ramai yang bersifat ‘open book’ dengan ibu masing-masing.

Aliff mendedahkan dirinya positif Covid-19 tahap tiga, namun ibunya, Rozita menasihatkan dia usah berpura-pura nazak disebabkan virus berkenaan.

Aliff sememangnya seorang yang dahagakan perhatian dan hal berkait tular kerana otaknya memang otak orang bisnes. Dalam dalam dunia yang serba pantas hari ini, cara paling mudah untuk sesuatu perkara sampai kepada masyarakat adalah dengan mempromosi diri menerusi media sosial.

Ada orang cakap, apa yang kita tunjuk dalam media sosial bukan 100 peratus siapa diri kita sebenarnya dalam dunia realiti. Kenyataan tersebut mungkin sesuai dipadankan dengan Aliff Syukri.

Sengaja viral

Dari kaca mata masyarakat, dia mungkin dilihat sebagai seorang yang suka melakukan ‘onar’ media sosial tetapi sesiapa yang kenal dekat, tahu siapa dirinya yang setulusnya.

Perkara tersebut diakui sendiri oleh adik Aliff iaitu Aiman Hazeem yang merupakan pencinta haiwan. Kata Aiman, abang seibu berlainan bapa itu seorang yang sangat baik hati dan berbeza daripada apa yang ditonjolkan dalam media sosial.

SELEPAS Aliff disahkan positif Covid-19, isteri tersayang, Shahida pula menerima nasib sama selepas beberapa hari pulang bercuti dari luar negara.

“Dia bukan sahaja abang tapi idola yang paling saya kagumi. Bangga dapat dia (Aliff) sebagai abang. Bukan sebab status atau viral tapi peribadinya yang luar biasa.

“Aliff dalam media sosial memang sengaja cari publisiti, semua niat marketing tapi sebenarnya dalam kehidupan realiti, dia sangat lain tapi semua orang ada pandangan sendiri. Pastinya, saya sayang abang saya dan sanggup jaga dia apabila tua nanti,” kata Aiman yang juga merupakan influencer YouTube.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI