fbpx

Lima lelaki ditangkap bersama air dan daun ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara air ketum dan daun ketum yang dirampas dalam pemeriksaan di sebuah rumah Felda Pasir Besar, di sini, awal pagi semalam. - IHSAN POLIS

TAMPIN – Lima lelaki berusia 34 hingga 59 tahun berjaya ditangkap polis bersama air dan daun ketum dalam satu pemeriksaan di sebuah rumah Felda Pasir Besar, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab. Wahab berkata, pada pemeriksaan 12.15 pagi itu, hasil pemeriksaan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Tampin telah menjumpai 80 botol plastik yang mengandungi air ketum dengan anggaran isipadu 120000 mililiter.

“Turut ditemui 10 bungkusan plastik warna hitam mengandungi daun-daun ketum seberat 70000 gram yang dijumpai di sekitar kawasan rumah,” katanya hari ini.

Anuwal berkata, hasil siasatan awal mendapati air ketum tersebut untuk dijual kepada penduduk di sekitar Pasir Besar, Gemas.

Menurutnya, hasil ujian saringan awal mendapati salah seorang daripada saspek positif Morphine.

“Kesemua saspek kini ditahan reman di bawah sek 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) selama empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun (AR) 1952 dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI