fbpx

Lebuh Raya Karak hala Pantai Timur sesak, lori melintang jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori dan laluan di Lebuh Raya KLK hala Pantai Timur ketika ini.

PETALING JAYA – Laluan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) hala ke timur dilaporkan mengalami kesesakan teruk akibat satu kejadian kemalangan di Kilometer (KM) 47.6 berdekatan Buki Tinggi.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), kesesakan tersebut ekoran sebuah lori terbabas dan telah menghalang sebahagian besar laluan ke Timur.

“Hanya laluan sempit di laluan kecemasan boleh dilalui ketika ini.

“Pengguna dinasihatkan untuk memperlahankan kenderaan dan mematuhi arahan lalu lintas di kawasan terbabit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI