fbpx

Kesatuan Eropah haramkan tatu berwarna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBANYAK 4,000 bahan kimia yang terdapat dalam dakwat tatu berwarna berpotensi menyebabkan kanser pada manusia. - Getty Images/Westend61

BRUSSELS, BELGIUM – Organisasi Pendaftaran, Penilaian, Kebenaran dan Sekatan Bahan Kimia (REACH) Kesatuan Eropah (EU) mengharamkan penggunaan dakwat tatu berwarna bermula lusa ekoran kebimbangan terhadap kesan daripada bahan kimia yang digunakan, lapor akhbar Daily Star.

REACH sebelum ini telah mendedahkan kira-kira 4,000 bahan kimia yang sering digunakan dalam dakwat tatu berwarna boleh menyebabkan kanser atau mutasi genetik.

Walaupun bahan kimia itu telah diharamkan pada Januari tahun lalu, pengeluar dakwat diberi penangguhan selama setahun untuk mencari formula yang lebih selamat bagi mencipta dakwat berwarna. 

Disebabkan tiada kemajuan dalam penciptaan formula, artis tatu kini terpaksa menolak pelanggan yang ingin mendapatkan tatu berwarna.

REACH menegaskan bahawa tujuan larangan itu dilaksanakan bukan untuk mengharamkan tatu berwarna, namun bagi menjadikan penggunaan tatu dan solekan kekal lebih selamat.

Arahan larangan tersebut diselar oleh pencacah-pencacah tatu di EU yang menyuarakan kebimbangan bahawa peraturan itu akan menjejaskan perniagaan mereka.

Sementara itu, para saintis belum mencapai kata sepakat mengenai kaitan antara bahan kimia yang terkandung dalam dakwat tatu berwarna dengan kanser, meskipun beberapa bahan kimia itu terbukti sebagai karsinogenik, iaitu boleh menyebabkan kanser. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI