fbpx

Gred markah dinaikkan selepas pensyarah panggil ‘sayang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan mesej perbualan antara pensyarah dan pelajar tersebut. - Twitter

JAKARTA – Perkongsian seorang pelajar menjadi tular di laman Twitter kerana menceritakan mengenai kisah gred subjek dipelajarinya dinaikkan seorang pensyarah selepas memanggilnya dengan panggilan ‘sayang’, lapor laman berita Suara.com semalam. 

Menurut pelajar itu, dia pada mulanya menerima mesej daripada pensyarah tersebut menerusi aplikasi LinkedIn.

Setelah mengetahui pelajar tersebut berada dalam kelasnya, pensyarah berkenaan berhasrat menaikkan gred markahnya daripada ‘B’ kepada ‘A’. 

Pensyarah itu juga secara tiba-tiba memanggil pelajar tersebut dengan panggilan ‘sayang’. 

“Saya berasa takut kerana dipanggil ‘sayang’, tetapi tetap mahu gred dinaikkan kerana subjek itu mempunyai tiga kredit semester,’’ tulis pelajar berkenaan.

Rata-rata netizen kemudiannya mengecam tindakan pelajar mahupun pensyarah terbabit.

‘’Saya risau satu hari nanti pensyarah itu meminta sesuatu sebagai balasan,’’ tulis seorang netizen. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI