fbpx

Gelombang Omicron mungkin akan mula di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Gelombang varian Omicron berkemungkinan besar akan mula di Malaysia seperti di negara-negara yang lain.

Menerusi ciapan Twitter oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ada yang merujuk data kesan jangkitan varian tersebut tidak seteruk jangkitan Delta.

“Namun begitu, kebolehjangkitan Omicron adalah melebihi Delta. Jika denominator kes lebih besar, sudah pasti kemasukan hospital atau Unit Rawatan Rapi (ICU) meningkat.

“Kementerian Kesihatan mahu mengelakkan sistem kesihatan awam lumpuh. Strategi, memperlahankan Omicron,” katanya di sini hari ini.

Justeru, beliau berkata, antara langkah memperlahankan penularan Omicron ialah dengan meluaskan liputan dos penggalak, pemakaian pelitup muka, pengudaraan yang baik, mengamalkan ‘Test’, ‘Report’, ‘Isolate’, ‘Inform’, ‘Seek’ (TRIIS), MySJ Trace dan kawalan pintu masuk antarabangsa.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkongsi pada Twitter beliau, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam di seluruh negara mencatatkan 0.99.

Mengikut pecahan negeri, Selangor (0.89), Sabah (0.96), Pulau Pinang (0.93), Johor (0.98), Kelantan (0.99), Melaka (0.93), Kuala Lumpur (0.90), Labuan (0.80), Putrajaya (0.92), Negeri Sembilan (0.90), Kedah (0.97), Pahang (0.93), Perak (0.94), Terengganu (0.97), Sarawak (0.76) dan Perlis (0.86). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI