fbpx

Dua kluster masih aktif di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Mamasuki tahun baru, dua lagi kluster masih aktif di Perak sepanjang minggu lalu dengan merekodkan 116 kes sehingga tengah hari semalam daripada kesemuanya sebanyak 194 kes kumulatif.

Dua kluster aktif tersebut iaitu Jalan Besar Tanjung 2 sebanyak lima kes dengan jumlah keseluruhan 42 kes kumulatif dan Besout Sungkai (satu kes baharu, 74 kes kumulatif).

Kedua-dua kluster ini dikesan dalam daerah Kinta dan Batang Padang yang merupakan jangkitan tempatan.

Jabatan Kesihatan negeri Perak pada paparan dalam laman Facebook menunjukkan tiga lagi kluster iaitu Jalan Chemor Ipoh dengan 33 kes, Kuala Bikam (27) dan Lengkok Batu Tungkal (18).

“Semalam Perak merekodkan 164 kes baharu dengan 146 kes sembuh, tiga kematian dan 1,772 pesakit masih dirawat termasuk 16 di unit rawatan rapi.

“Pesakit Covid-19 kategori dua masih menjadi yang tertinggi iaitu 80.5 peratus atau 132 kes diikuti kategori satu 17.1 peratus iaitu 28 kes,” ujar kenyataan itu.

Daerah Kinta masih mendahului dengan kes jangkitan Covid-19 paling banyak di Perak iaitu 46 kes yang kesemuanya adalah kes tempatan melibatkan kontak rapat, bergejala tempat kerja, tahanan dan kendiri.

Seterusnya daerah Manjung dengan 22 kes diikuti Kerian (21) dan Larut Matang Selama (20). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI