fbpx

Dua beradik ditemukan lemas, seorang masih hilang tragedi bot karam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba ketika operasi mencari dan menyelamat tiga beradik hilang ekoran kejadian bot karam di perairan Kampung Batu Payung. -FOTO: IHSAN BOMBA

TAWAU – Mayat dua daripada tiga beradik dilaporkan hilang dalam kejadian bot karam di perairan Kampung Batu Payung petang semalam ditemukan lemas pagi tadi.

Mayat Jaidi Muhaimin, 5, ditemukan di kawasan pesisir pantai pada pukul 6.30 pagi manakala mayat Saiful Muhaimin, 15, ditemukan terapung di kawasan perairan Tinagat pada pukul 8.58 pagi.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, Julius John Stephen Jr. berkata, mayat semua mangsa ditemukan penduduk kampung yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Seorang lagi mangsa dikenali sebagai Rahena Muhaimin, 20, belum dijumpai dan operasi masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, tiga beradik dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki bersama enam individu lain karam dalam kejadian di kawasan perairan Kampung Batu Payung, petang semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI