fbpx

Ciapan ‘berbunga’ Redza Rosli untuk siapa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CIAPAN Redza Rosli yang mengundang tanda tanya ramai peminatnya.

JARANG sungguh Diva hendak bercerita tentang Redza Rosli, namun kali ini ramai yang mengatakan ciapannya baru-baru ini menjadi bualan.

Semuanya gara-gara dia menulis sesuatu seperti memberi bayangan mempunyai teman rapat yang mampu menjaga emosinya.

“Mempunyai seseorang yang boleh memahami ‘mood’ anda adalah satu rahmat,” ciapnya.

Teruja dengan ciapan tersebut, ramai yang mula bertanya siapakah gerangan individu yang dimaksudkan oleh pelakon drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard itu.

“Siapa? Berilah bayangan sedikit. Nama dia bunga ke?” tanya peminatnya yang ingin tahu.

“Alhamdulillah, gembira untuk awak dan semoga berkekalan dengannya,” ciap seorang lagi pengguna Twitter.

Mungkin saja ciapan tersebut mengenai sahabat baik, bukannya teman wanita. Macam-macam maksud boleh muncul daripada satu ciapan.

DIVA: Harapnya tahun 2022 akan membawa 1,001 kemanisan berbanding 2021. Apa azam anda semua?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI