fbpx

Bunuh dua anak untuk kahwini teman wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BEIJING – Seorang lelaki dan teman wanitanya dilaporkan telah dijatuhi hukuman mati di China selepas mereka membuang dua anaknya dari bangunan pangsapuri dengan alasan teman wanitanya tidak mahu menjaga anak dari perempuan lain.

Menurut akhbar Daily Mail, anak pertama, dua tahun dan adiknya dicampak dari tingkat 15 blok menara di perbandaran Chongqing, China meninggal dunia di tempat kejadian pada 2 November tahun lepas.

Dalam perbicaraan di mahkamah, suspek yang berusia 27 tahun dikatakan ingin berkahwin dengan teman wanitanya tetapi wanita itu enggan menerimanya jika dia mempunyai anak dan mendesaknya untuk membuang mereka dan bertindak memotong pergelangan tangannya untuk menunjukkan kekecewaannya.

Suspek kemudian mencampakkan kedua-dua anaknya keluar dari tingkap sebelum berlari ke bawah untuk menunjukkan perasaan cemas dan reaksi muka yang sedih.

Namun itu semua dikatakan oleh pendakwa raya hanyalah lakonan semata-mata.

Suspek mendakwa bahawa dia sedang tidur ketika mangsa jatuh dari tingkap dan dikejutkan dengan jeritan orang ramai di tingkat bawah selepas menemui mayat di atas rumput.

Bekas isteri suspek, yang merupakan ibu kandung kepada kedua-dua mangsa memberitahu media tempatan bahawa teman wanita suspek tidak mahu suspek mempunyai anak bersama wanita lain.

“Suspek menjalinkan hubungan dengan teman wanitanya ketika dia masih lagi berkahwin dan ia menjadi punca perceraian dengan bekas isterinya,

“Suspek juga mengakui bahawa dia berkomplot dengan teman wanitanya untuk membunuh anak-anak itu supaya mereka boleh membina keluarga baharu tanpa anak hasil perkahwinannya dahulu,” menurut akhbar Daily Mail. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI