fbpx

Bomba bantu hantar jenazah ke tanah perkuburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu menghantar jenazah Abdul Rahman ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun hari ini.

DUNGUN – Penduduk Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun di sini hari ini terpaksa meminta bantuan bomba untuk menghantar jenazah seorang lelaki di tanah perkuburan kerana laluan masih ditenggelami banjir.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Al Mukfi Billah Shah, Zul Husni Abdul Rahman berkata, jenazah Abdul Rahman Chik, 75, yang meninggal dunia akibat strok dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Raja dengan menggunakan lori.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan memohon bantuan menghantar jenazah ke tanah perkuburan pada pukul 12 tengah hari.

“Biasanya penduduk kampung ini menghantar jenazah ke tanah perkuburan dengan cara mengusung atau menaiki kenderaan pacuan empat roda kerana mereka tidak memiliki kemudahan van jenazah.

“Begitupun, laluan ke tanah perkuburan buat masa ini tidak dapat dilalui oleh kenderaan ringan kerana masih dinaiki banjir,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Zul Husni berkata, jarak antara rumah arwah Abdul Rahman ke tanah perkuburan sejauh kira-kira tiga kilometer.

Tambah beliau, walaupun banjir sejak Khamis lalu menjejaskan lebih 200 penduduk Kampung Pasir Raja, rumah warga emas itu tidak terkesan kerana terletak di kawasan tinggi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI