fbpx

Banjir: Mangsa banjir di Johor hampiri 2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan paras air yang melimpah di sekitar daerah Kota Tinggi, Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Hujan berterusan sejak Jumaat lalu di beberapa daerah di negeri ini terus mengakibatkan keadaan banjir semakin buruk apabila Kota Tinggi menjadi daerah ketiga dilanda bencana itu.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Ramunia di Kota Tinggi kini dibuka dengan 16 penduduk berlindung di situ setakat pukul 2 petang semalam.

Secara keseluruhan, 36 PPS beroperasi di Johor sehingga kini yang menempatkan 1,911 mangsa daripada 507 keluarga yang terjejas di beberapa kampung dan kawasan penempatan lain.

Keadaan banjir di Segamat belum menunjukkan tanda-tanda pulih sebaliknya beberapa lagi PPS dibuka bagi menempatkan penduduk yang terpaksa meninggalkan rumah mereka akibat dinaiki air.

Antaranya PPS Balairaya Kampung Padang Kiambang (109 mangsa); Balai Islam Kampung Paya Dalam (21); Balairaya Kampung Mensudut Pindah (13); Balairaya Kampung Lubok Kepong (11) dan Sekolah Agama Kuala Paya (33).

Sementara itu, Tangkak terus merekodkan satu-satunya PPS yang beroperasi di daerah itu sejak semalam iaitu di Sekolah Agama Bandar Tangkak yang kini menempatkan 40 mangsa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI