TAMPIN – Susulan hujan lebat berterusan dan kejadian banjir, dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini di buka menjadikan keseluruhan lapan PPS masih beroperasi khususnya di Gemas.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tampin, Suhaiza Sharudin berkata, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gemas telah dibuka untuk pemindahan penduduk dari Taman Sungai Gemas yang sedang bersedia untuk dipindahkan atas faktor keselamatan dengan bacaan paras air sungai di tahap bahaya.
Menurutnya, sehingga pagi tadi lapan PPS masih di buka dengan jumlah keluarga 404 dan mangsa 1431 orang.
“Terdapat pertambahan mangsa banjir di PPS Dewan Besar Gemas dan Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Sungai Kelamah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE