fbpx

Azra gigih bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nursyaza Azra

Sibuk dengan kerjaya sebagai peragawati dan pelakon tidak menghalang Nursyaza Azra Mohamed Shafi, 21, turut bersama membantu mangsa banjir baru-baru ini.
Gadis yang lebih mesra de­ngan panggilan Azra itu giat membantu mangsa banjir melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Amannisa’ Malaysia (Amannisa’).

Menurut bekas finalis program Dewi Remaja 2019 itu, dia amat sedih melihat nasib mangsa banjir dan berasa bertanggungjawab untuk membantu.
Dia yang masih mengikuti pengajian Diploma Pentadbiran Awam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban 3 berkongsi pengalaman membantu mangsa banjir kepada wartawan Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Kosmo! Ahad: Apakah pengalaman paling mencabar sepanjang membantu mangsa banjir?
AZRA: Kami berdepan kesulitan untuk memasuki sebuah kawasan banjir di Selangor kerana walaupun banjir telah surut, keadaan jalan rosak dan lecak teruk.

Apakah bantuan yang diberikan oleh Amannisa’?
Bantuan seperti makanan, toto, selimut, bantal, peralatan kebersihan diri seperti sabun mandi, berus gigi dan banyak lagi. Anggota kami tidak ramai, namun kami sedang merancang untuk memberi bantuan pembersihan rumah selepas ini.

Bagaimana Azra melihat keadaan mereka ketika ini?
Saya menangis selepas melihat begitu teruk sekali nasib dialami mereka. Saya lihat sendiri keadaaan sebahagian rumah mereka yang musnah sepenuh­nya. Saya menangis melihat bayi dan anak-anak kecil yang turut menjadi mang­sa. Saya sedih memikirkan bagaimana mereka mahu memulakan kehidupan semula.

Bagaimana penerimaan mangsa banjir terhadap kehadiran Azra dan Amannisa’?
Mereka sangat terharu sehingga ada yang mengangkat tangan berdoa tanda kesyukuran. Mang­sa banjir sangat mengalu-alukan sumbangan. Namun, kami de­ngar rungutan mereka ada bantuan tidak sampai ke­rana didakwa berlaku pilih kasih di pusat bantuan. Saya harap perkara ini dihentikan.

Bagaimana Azra membahagikan masa antara aktiviti sebagai peragawati, pelakon, pelajar dan NGO?
Saya sentiasa pantau dan perbaiki jadual saya untuk memastikan tiada yang tertinggal sama ada belajar, kerja atau kebajikan. Sebagai contoh, baru-baru ini selesai sahaja penggambaran drama di Kuala Kangsar, saya mengagih­kan bantuan kepada mangsa banjir di Negeri Sembilan, Sela­ngor dan akan datang di Pahang.

Bila mula berjinak dalam dunia lakonan dan apakah penggambaran drama yang sedang dijalani?
Saya menceburi bidang lakonan sejak zaman sekolah kerana giat dalam pertandingan English Theatre sehingga ke peringkat kebangsaan. Dalam bidang industri hiburan, selepas menyertai program Dewi Remaja 2019, saya berlakon dalam filem pendek seorang YouTuber terkenal.
Saya mula terlibat dalam kerjaya lakonan secara serius melalui penglibatan dalam drama bersiri Hidayah Ustaz Viral dengan memegang watak antagonis.

Apakah harapan dan sasaran Azra dalam industri lakonan?
Secara jujur, saya tidak letak sasaran terlalu tinggi dalam kerjaya lakonan walaupun saya amat menyintai bidang ini. Saya suka dunia lakonan kerana ia sesuatu yang menyeronokkan.
Saya belum ada rancangan untuk menjadikan kerjaya lakonan sebagai punca rezeki utama.

Boleh ceritakan sedikit tentang penyertaan dalam program Dewi Remaja 2019?
Saya merupakan salah seorang daripada 12 finalis. Rezeki saya hanya sehingga minggu ke-6, namun saya reda dengan keputusan itu dan anggap ia pengalaman menarik.

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI