fbpx

460 kes Covid-19 mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kes positif Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir meningkat kepada 460 kes hari ini, ekoran pertambahan sebanyak sembilan lagi kes baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dalam masa sama, kes positif di Pusat Perpindahan Sementara (PPS) kekal 15 kes serta tiada pertambahan jangkitan baharu Covid-19 hari ini.

“Selain itu, jumlah kluster Covid-19 di PSS juga kekal dengan satu kluster serta tiada pertambahan kluster baharu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, terdapat 63 kes penyakit berjangkit dalam kalangan mangsa banjir melibatkan jangkitan saluran pernafasan akut (42 kes/kumulatif 1,231 kes), penyakit kulit (10 kes/kumulatif 535 kes), acute gastroenteritis (11 kes/kumulatif 250 kes), konjunktivitis (tiada kes baharu/kumulatif 16 kes) dan penyakit tangan, kaki dan mulut (tiada kes baharu/kumulatif enam kes).

Katanya lagi, sebanyak 143 PPS masih beroperasi di Pahang (49), Johor (37), Negeri Sembilan (19), Sabah (17), Melaka (16), Kelantan (3) dan Terengganu (2) serta seramai 8,667 mangsa yang terjejas banjir. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI