fbpx

3 seksyen amaran hujan berterusan dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan tiga seksyen amaran hujan berterusan hari ini.

MetMalaysia melalui kenyataan di Facebook rasminya berkata, seksyen A: Amaran hujan berterusan (bahaya) telah dikeluarkan terhadap negeri Johor.

“Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru) hari ini,” jelasnya.

Jelasnya, bagi seksyen B: Amaran hujan berterusan (buruk) telah dikeluarkan terhadap lima negeri.

“Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin), Negeri Sembilan serta Melaka.

“Sementara di Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi) serta Sabah iaitu di Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga esok,” tambah kenyataan tersebut.

Sementara itu, katanya, bagi seksyen C: Amaran hujan berterusan (waspada) telah dikeluarkan terhadap tujuh negeri.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh) serta Sabah melibatkan Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud) dan Sandakan (Kinabatangan) sehingga Selasa.

“Hujan berterusan juga dijangka berlaku di Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga esok,”katanya.

Jelas MetMalaysia, amaran hujan berterusan (Bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan, ribut petir yang sedang atau dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150mm dalam tempoh 24 jam.

Tambahnya, amaran hujan berterusan (Buruk) pula dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan, ribut petir sedang atau dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60mm dalam tempoh enam jam.

“Manakala amaran hujan berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan, ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI