fbpx

12 lagu bolos ke pentas akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAGU dendangan Naim, Marsha, Aina dan Haqiem antara yang layak ke pentas AJL36.

PETALING JAYA – Sebanyak 12 buah lagu bakal berentap dalam pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36 yang bakal berlangsung pada Februari depan.

Penyanyi Aina Abdul yang pernah diangkat pemenang tempat kedua AJL tahun lalu menerusi lagu Semalam tersenyum lebar apabila berjaya menempa dua tiket ke pentas akhir menerusi lagu Sepi dan lagu duetnya Nafas Cinta bersama Khai Bahar.

Turut membolosi Aina ialah penyanyi dan komposer muda, Naim Daniel menerusi lagu Purnama.

Tidak setakat itu, lagu kolaborasi Naim bersama Hael Husaini dan Haqiem Rusli berjudul Lara turut berjaya melangkah ke pentas akhir.

Menepati ramalan, sebuah lagi lagu nyanyian Haqiem berjudul Mimpi turut dijangkakan berada di kedudukan tiga teratas dan memburu gelaran juara.

Di belakang Haqiem, naskhah Boneka nyanyian Ernie turut bakal berentap di pentas akhir bersama lagu Salahku nyanyian dan ciptaan sepenuhnya oleh komposer muda, Yonnyboii.

Bagaikan tuah, Siti Nordiana menerusi lagu Angkara juga mara ke pentas akhir selain sebuah lagu nyanyian Marsha Milan berjudul Cinta.

Lagu Pelukan Angkasa nyanyian kumpulan SOG dan Shila Amzah turut mara ke pentas akhir yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Keunikan lagu Intan Payung dendangan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris kolaborasi bersama penyanyi rap muda, Bunga Isme turut memikat hati barisan juri.

Lagu Aewo menampilkan kolaborasi Shiha bersama Noki K-Clique turut bakal berentap pada malam kemuncak AJL36 nanti.

Semua lagu dinilai oleh barisan juri profesional diketuai Datuk Mokhzani Ismail bersama Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Helen Yap, LY, Chaan dan Altimet.

Separuh Akhir Muzik-Muzik 36 yang berlangsung pada Jumaat dan Sabtu di Studio 1, Glenmarie, Shah Alam, Selangor menyaksikan 30 lagu berentap dan hanya 12 lagu mara ke pentas akhir. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI