fbpx

Virus Flurona ‘serang’ Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kes pertama bagi virus yang digelar 'Flurona' itu dikesan pada seorang wanita hamil di Hospital Beilinson di Petach Tikva. - Getty Images

TEL AVIV – Satu virus mutan baharu iaitu gabungan antara koronavirus dan selesema telah dikesan di sebuah hospital di Israel, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kes pertama bagi virus yang digelar ‘Flurona’ itu dikesan pada seorang wanita hamil di Hospital Beilinson di Petach Tikva.

Wanita tersebut tidak menerima suntikan vaksin Covid-19, dan doktor menemui kesan selesema dan patogen Covid-19 dalam sistem tubuhnya.

Pesakit berkenaan bagaimanapun menunjukkan simptom yang ‘agak ringan’.

Pakar-pakar mendakwa bahawa terdapat beberapa pesakit lain turut dijangkiti Flurona, tetapi mereka masih belum didiagnosis. 

Kedua-dua wabak tersebut adalah sama, di mana ia merupakan virus yang menyebabkan masalah kesukaran bernafas kerana kedua-duanya menyerang saluran pernafasan pada bahagian atas. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI