PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Labuan dan beberapa kawasan di Sarawak serta Sabah malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, kawasan terlibat di Sarawak adalah Kuching (Bau), Serian, Samarahan, Bintulu serta Miri (Subis, Beluru dan Marudi).
“Sabah di Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan),” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan petang ini.
Menurut MetMalaysia amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia. – K! ONLINE