fbpx

Video Long Tiger ‘sembang kari’ kembali tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi Long Tiger di media sosial yang kembali tular.

PETALING JAYA – Ibarat tin kosong, begitulah perumpamaan yang boleh diberikan kepada penjenayah yang dikenali sebagai Long Tiger ketika dia bebas sebelum ini.

Mana tidaknya, satu klip video yang menyaksikan Long Tiger atau juga Long Burma ‘sembang’ dan mencabar orang lain kini kembali tular di media sosial.

Klip tersebut menunjukkan, lelaki botak berbangsa Rohingya itu mencabar orang yang berani untuk berdepan dan jika boleh untuk menumbuk mukanya.

“Kalau boleh tumbuk muka aku, kalau boleh la. Secara berdepan, kita tengok ilmu sapa yang tinggi.

“Tok guru siapa yang handal, aku menuntut dulu dengan siapa aku lupa. Kita boleh tengok siapa yang hebat. Datang lah berdepan,” jelasnya.

Video tersebut juga turut menyaksikan Long Tiger turut membuka ‘buah’ dan menunjukkan gerakan aksi silatnya dengan hebat sekali.

Selepas kisahnya yang lari dan kemudian ditangkap di Kuala Ketil, Kedah baru-baru ini, rata-rata orang ramai menyifatkan Long Tiger sebagai ‘sembang lebat’.

“Dia punya sembang kalau boleh langit pun dia nak gigit. Akhirnya, kena tahan juga. Macam mana la bangsa ni boleh pula orang angkat dekat sini,” ujar adam_ariff.

“Sembang hebat sangatkan, ni kalau kena sebat dengan batang paip dalam lokap nanti tunjuk la ‘buah’ kau tu.

“Pelik aku, ada juga Melayu yang cium tangan dia ni. Ada yang sanggup sorok dia ni, masalahnya dia ni siapa sebenarnya,” ujar ImanMalik78. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI