fbpx

Tukang jahit tabah besarkan anak OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHE MANIS tidak pernah berputus asa untuk menguruskan kehidupan harian Nurul Atiqah di rumah mereka di Teluk Kumbar dekat Seberang Perai.

SEBERANG PERAI – Cabaran menjaga anak istimewa menuntut kesabaran yang tinggi, namun kesukaran itu dihadapi Che Manis Hussin, 59, dengan tenang demi anak bongsu kesayangannya, Nurul Atiqah Zulkifli Chan yang kini berusia 21 tahun.

Che Manis dari Teluk Kumbar dekat sini berkata, anak bongsu daripada enam beradik itu dikesan menghidap penyakit Cerebral Palsy (CP) selepas diserang demam panas dan sawan ketika berusia 7 tahun.

“Nurul Atiqah pada mulanya mengalami kesukaran untuk berjalan dan bercakap membuatkan saya risau dan terus menghantarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan.

“Doktor kemudian memaklumkan dan memberi pilihan sama ada saya mahu meneruskan rawatan menerusi pelbagai ujian ke atas Nurul Atiqah.

“Keadaannya yang tidak me­nunjukkan sebarang perubahan membuatkan saya mengambil keputusan untuk membawanya pulang ke rumah,” katanya kepada Kosmo! baru-bari ini.

Che Manis berkata, bagi meneruskan kelangsungan hidup dan menampung perbelanjaan rawatan anaknya, dia terpaksa mengambil upah menjahit pakaian selain turut menjual aiskrim Malaysia, telekung dan pakaian.

“Perbelanjaan bulanan Nurul Atiqah termasuk susu, makanan tambahan, lampin pakai buang dan latihan fisioterapi mencecah RM700 sebulan.

“Bagaimanapun, saya bersyu­kur kerana Nurul Atiqah turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM500,” katanya.

Sementara itu, orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Che Manis di talian 013-777 2936. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI