fbpx

Tentera Laut Britain lupus bom dari bangkai kapal di Sungai Thames

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangkai kapal SS Richard Montgomery dipenuhi dengan bahan letupan. - Fraser Gray/REX

LONDON – Tentera Laut Diraja Britain akan melupuskan 1,400 tan bahan letupan milik kapal karam dari Perang Dunia Kedua di Sungai Thames kerana berpotensi mencetuskan kejadian tsunami, lapor akhbar The Sun semalam.

Bangkai kapal SS Richard Montgomery telah terbenam di dasar Sungai Thames di Kent selama 77 tahun. Kini, wujud kebimbangan bahawa ia boleh meletup pada bila-bila masa dan menghasilkan gelombang setinggi lima meter yang boleh menyebabkan ‘kerosakan besar-besaran dan kehilangan nyawa’.

Akhbar The Telegraph melaporkan sepasukan pakar pemusnah bom yang terlatih dalam pemusnahan bawah air telah ditugaskan untuk memastikan bangkai kapal dari tahun 1944 itu berada dalam keadaan selamat.

Kerja-kerja tersebut dijangka bermula pada Jun depan dan mengambil masa selama dua bulan.

Bom-bom tersebut yang kebanyakannya digunakan oleh pesawat termasuk berpuluh-puluh ‘bom Blockbuster letupan besar’ dan kira-kira 2,000 sarung bom berkelompok bersama ratusan ‘bom biasa’ mempunyai berat hampir 453 kilogram setiap satu. 

Kapal perang itu adalah sebahagian daripada konvoi Amerika Syarikat yang menuju ke Britain pada Ogos 1944. Bagaimanapun, selepas ia tiba di muara sungai Thames, ia diarahkan untuk berlabuh dan kemudiannya tenggelam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI