fbpx

Siasatan kes buli MRSM, di Bukit Aman – Ketua Polis Muar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Kertas siasatan melibatkan kejadian buli yang berlaku di salah sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Johor baru-baru ini, kini berada di Bahagian Pendakwaan dan Undang-​Undang (D5) Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, siasatan melibatkan lima pelajar tingkatan empat sekolah itu telah dihantar ke Bukit Aman oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Zaharudin Rasip

“Kes yang berlaku di MRSM itu siasatannya sudah lengkap dan sudah dihantar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor sebelum dihantar ke Bukit Aman dan ketika ini kita sedang menunggu arahan lanjut daripada Bukit Aman.

“Kes ini dirujuk ke Bukit Aman setelah ianya menjadi satu kes yang mempunyai kepentingan awam.

“Ketika ini masih tiada sebarang tindakan pertuduhan dikenakan terhadap mereka selepas tamat tempoh reman,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Santai Cycle Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Johor 2021 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Tambah Zaharudin, pihaknya bagaimanapun memberitahu siasatan dijalankan hanya melibatkan lima pelajar berkenaan dan tidak melibatkan individu lain.

“Lima pelajar tersebut merupakan wakil pelajar yang dilantik pihak sekolah dan kejadian dipercayai berpunca akibat ketidakpuasan hati antara suspek dan mangsa.

“Ketika ini saya tidak dapat mengesahkan tindakan yang diambil pihak sekolah terhadap mereka kerana sekolah sedang bercuti,” ujarnya lanjut.

Pada 16 Disember lalu, kelima-lima pelajar berkenaan dikenakan tahanan reman bagi membantu siasatan kejadian buli terhadap seorang mangsa berusia 14 tahun yang mengalami kecederaan bengkak rusuk kiri.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI