KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir ke Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) di ibu negara hari ini.
Beliau tiba di PRABN yang terletak di Jalan Ampang di sini kira-kira pukul 4.15 petang sebelum dibawa melawat Pusat Kawalan Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara.
Perdana Menteri seterusnya diberi taklimat oleh Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang. – K! ONLINE