fbpx

Peralihan Fasa 4 PPN di Kelantan bukan tiket langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada mangsa banjir di Masjid At-Taqwa Kampung Lakota, Jeli hari ini. FOTO YATIMIN ABDULLAH

JELI – Peralihan daripada Fasa 3 kepada Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Kelantan bermula Isnin depan bukan tiket buat rakyat negeri ini untuk tidak mengikut segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan sebelum ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, kebimbangan itu berasas kerana masih terdapat jangkitan Covid-19 di Kelantan ditambah pula dengan situasi penularan varian Omicron ketika ini.

“Varian Omicron ini cepat tersebar. Jadi SOP perlu terus dipatuhi dengan sebaik mungkin dalam usaha kita memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

“Apa yang berlaku ini (Covid-19) adalah daripada Yang Maha Esa. Sebagai hamba, kita perlu dihadapi dengan sabar,” katanya kepada pemberita semasa turun padang meninjau situasi terkini banjir dan menyampaikan bantuan kepada mangsa yang terjejas di Masjid At-Taqwa Kampung Lakota di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan berkata, kerajaan bersetuju membenarkan dua buah negeri lagi iaitu Sarawak dan Kelantan beralih daripada Fasa 3 ke Fasa 4 PPN bermula 3 Januari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI