fbpx

PDRM tingkatkan pemantauan SOP sempena tahun baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan rondaan dan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) di ambang tahun baharu 2022.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, semua Pesuruhjaya Polis Negeri, Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah telah diarahkan untuk meningkatkan rondaan di lokasi-lokasi tumpuan orang ramai berkumpul.

“Tujuan rondaan pemantauan adalah untuk memastikan SOP PPN mengikut fasa dipatuhi disamping mengelak orang ramai berkumpul bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

“Tindakan di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) boleh dikenakan ke atas mana-mana pihak yang melanggar SOP PPN tersebut,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, PDRM menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengamalkan pematuhan SOP.

“Kerjasama semua pihak dalam aspek ini adalah penting memandangkan pandemik Covid-19 masih merupakan ancaman kesihatan serius yang perlu dibendung,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI