fbpx

Mayat lelaki terjun jambatan ditemui selepas 11 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemukan di tebing Sungai Belat di Kuantan semalam.

KUANTAN – Selepas 11 hari operasi pencarian seorang lelaki yang hilang selepas terjun jambatan di Sri Damai, di sini, akhirnya mayat mangsa berjaya ditemukan kira-kira pukul 8.10 malam semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat Mohd Firdaus Supiardi, 28, ditemui kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.

“Kami menerima maklumat daripada pihak polis pada pukul 7.23 petang semalam untuk bantuan mengambil mayat seorang lelaki dewasa dan 10 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas dikerahkan ke lokasi.

“Mayat mangsa ditemui tersangkut di tebing Sungai Belat dan berjaya dibawa naik dengan menggunakan sebuah bot gentian kaca sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, mayat berkenaan disahkan Mohd Firdaus yang hilang selepas terjun dari jambatan di Sri Damai pada 18 Disember lalu melalui pengecaman keluarga mangsa di bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Sebelum ini, operasi mencari mangsa dilakukan sejak hari pertama mangsa dilaporkan hilang membabitkan seramai 50 orang dari pelbagai agensi dan penduduk kampung.

Operasi pencarian di sungai menggunakan tujuh buat bot dan keluasan kawasan pencarian sehingga 30 kilometer dari lokasi kejadian manakala pencarian melalui jalan darat sehingga lapan kilometer.

Terdahulu, berdasarkan saksi kejadian pada 18 Disember lalu, Mohd Firdaus dikatakan menunggang motosikal ke jambatan di Sri Damai sebelum terjun dari jambatan berkenaan pada pukul 12.15 tengah hari.

Mangsa dikatakan cuba berenang namun dihanyutkan arus deras sebelum dilaporkan hilang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI