fbpx

‘Keluarga albino’ terima rekod dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam beradik ini mencatat rekod adik beradik paling ramai menghidap albino - Guinness World Records

LONDON – Sebuah keluarga di Britain menerima rekod dunia Guinness World Records bagi kategori adik beradik albino paling ramai selepas enam beradik dalam keluarga itu menghidap keadaan kelainan genetik tersebut, lapor agensi berita United Press International semalam.

Naseem Akhtar, Ghulam Ali, Haider Ali, Muqadas Bibi, Musarat Begum dan Mohammed Rafi menerima gelaran tersebut selepas badan rekod dunia itu mengesahkan keenam-enam mereka dilahirkan dalam keadaan menghidap albino.

Albino merupakan keadaan genetik yang menyebabkan kulit, rambut dan iris mata kekurangan pigmen.

Menurut Naseem Akhtar, dia memutuskan untuk memohon rekod tersebut bagi meraikan keluarga itu yang bersatu semula selepas beberapa bulan terpisah semasa pandemik Covid-19.

“Lama kelamaan, saya kini mula menyukai keadaan saya kerana ia menjadikan saya sangat unik.

“Menjadi orang Asia berkulit putih telah memberikan saya pandangan unik mengenai kehidupan, masyarakat dan kemanusiaan,” katanya.

Kedua-dua ibu bapa mereka juga merupakan penghidap albino. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI