PETALING JAYA – Kerenah anak-anak ketika mereka kecil akan menjadi pengalaman yang sangat berharga bagi sesiapa yang bergelar ibu bapa.
Celoteh mereka sering sahaja mengembirakan kita, walaupun penat dengan tingkah laku anak-anak, namun tetap menjadi keseronokan bagi ibu bapa.
Terkini, satu klip video di media sosial menyaksikan dua kanak-kanak yang sedang bermain bersama menimbulkan amarah ibunya.
Menerusi video tersebut, seorang ibu keliru antara mahu marah atau tidak terhadap celoteh anak-anaknya apabila mendapati di adik bertukar menjadi biru.
“Ni apa dah jadi dengan adik ni kakak, pandai ye tak buat dekat diri sendiri buat dekat adik.
“Pergi mandi, dah bertukar biru dah adik ni. Pergi tengok cermin kenapa jadi macam ni,” ujar ibu tersebut.
Rata-rata orang ramai juga geli hati melihat telatah dua beradik tersebut dan menganggap tingkah laku tersebut merupakan cara perkembangan yang sihat.
“Lucu la adik dua orang ni, nasib maknya tak jadi hijau. Semoga membesar dengan sihat dan pandai ye dik,” jelas Asmahoney.
“Kalau aku pun tak tahu nak marah ke nak gelak. Telatah anak masa kecil. Nanti dah besar semua ini akan jadi kenangan yang paling indah,” kata Norizan Zakaria.